Monday, June 28, 2010

"Marker" @ Penanda

Kali ni, kita bercerita plak pasal 'marker' atau penanda disetiap tempat..

Marker ni telah menjadi tanda bagi tempat2nya.Bila sahaja t'lihat simbol replika2 ni,pasti sudah tahu lokasinya dimana (^^,)

Jom lihat ap ad di kuala terengganu


Masjid kristal,di pulau wan man
antara mercu tanda baru terengganu

Batu bersurat
Bukti kedatangan agama Islam di Tanah Melayu.
yg ori x lah sebesar ni (^^')
Terletak di bulatan simpang ke Hospital kuala terengganu.


Tudung saji antara tanda di dungun


sekarang di kemaman!
tanjak sultan menjadi pilihan sebagai tanda lokasi.

dan tiba pula di Marang pula !
Sotong dan udang terplih sbgai tanda.
Sea food digunakan memandangkan Marang berada di laluan pantai

kenali kuala berang!
kuala berang terkenal dengan 'jegaun' (jagung dlam dialek K.B)
disana anda boleh tengok sendiri keluasan tanaman jagung dr atas jambatan.











Wednesday, June 23, 2010

"Mengelilingi dunia"


Meronda-ronda di Taman monumen seolah-olah anda telah mengelilingi dunia..Inilah replika bangunan sejarah islam serata dunia di tempatkan.

Taman Monumen terletak di Pulau Wan Man,Terengganu.Lokasi Berdekatan Muzium Negeri dan Masjid Kristal.Taman Monumen mempunyai 21 replika bersejarah di dunia Islam di seluruh dunia.


di pintu utama~taman Monumen

Kupon percuma akan diberi kepada pelancong yang pertama kali singgah kemari.Anda boleh plh apa sahaja menu makanan di kafeteria yang berada di dlam taman monumen.




Perkhidmatan basikal dan train di sediakan bagi kemudahan pelawat untuk meronda mengelilingi 'dunia monumen' ini.


dipintu depan
Jerussalam/Al-sakhra' di Palestin
Dibina dibawah naungan khalifah Umaiyah pada 692M


Masjid Xian,china
Didirikan oleh Laksamana Cheng Ho,pada 1392 M.Bentuknya amat bercirikan seni bina bangsa china.

Taj Mahal,India
TajMahal dibina oleh SyahJehan, Maharaja Mughal kelima sbgai bukti cintanya.Pelbagai cerita menyayat hati di sebaliknya menjadikannya antara 7 keajaiban dunia.

ad lagi!
Aya Sofea,Turki
(huhu gmbrnye entah kat mane smpan x jumpe) (T.T)
Seindah namanya,begitulah sjarahnya.Aya sofea,suatu ketika dulu sbuah gereja yg dibgunkan Constantine.Kemudian dibebaskan oleh Sultan Muhammad Al-fateh pada 1453~ beliaulah sebaik2 pemimpin n mmpunyai sbaik2 tentera~mnurut Rasulullah.

Di Masjid Samara,Iraq
dibuat sepnuhnya drpd tanahliat(yg asal la ^^,)

Aleppo,Syiria
Kubu ini dibina lebih kurun ke10 .Anak salahuddin ,ghazi menjadikan Aleppo sbagai kubu pertahanan dan juga kota.

Sekarang kami di sepanyol!
Al-Hambra
membawa mksud istana Merah,adalah istana lama dan juga kubu yang dibina lbh krg 1238.


Masjid Kul syarif,Rusia
pernah runtuh ketika serangan Soviet Union dulu.

kami sekeluarga(^^,)

Kelip-kelip Sungai Yak yah ~kemaman


Tidak ramai yang mengetahui sungai yak yah ini adalah syurga di malam hari.kelip-kelip menerangi di di sebelah malam.

Terletak di bandar chukai,kemaman.Lebih krg 20Km shja dari Awana Kijal.
Sungai Yak yah antara tarikan para pencinta flora dan fauna seprti Kampung belimbing,di kuala selangor~seperti iklan TNB di TV3



Pohon berembang adalah rumah semula jadi kelip-kelip.pohon ini yang memenuhi sungai Yak yah antara faktor kelip-kelip singgah di kawasn ini.


Perkhidmatan bot juga disediakan bagi anda menikmati pemandangan indah ini.Ia disediakan mnjelang 8 mlam dan sehingga 12 tgh mlm.

Antara yurannya:
Dewasa= RM25
kanak2= RM12.50

Monday, June 21, 2010

Pembuat bot Pulau duyung


Pulau duyung terletak berhampiran Jambatan Sultan Mahmud yang menghubungkan Sungai Terengganu serta berdekatan Masjid kristal.kawasan pulau duyung telah menjadi destinasi pelancongan para pelayar apabila acara antarabangsa 'Mansoon cup' tiba.

kawsan pulau duyung juga sangat terkenal dengan pembuatan bot traditionalnya yang menggunakan tenaga manusia serta kekemasannya yang tiada tolak bandingnya.Diantara pembuat bot yang terkenal adalah haji lah dan juga pak hasan.

Terengganu turut membuat bengkel bg mereka yang berminat melalui pembuat2 botseprti haji lah dan pak hasan.

Pak hasan telah berjaya menyiapkan kapal layar milik warga Jerman,Cristoph dalam masa hanya 2 tahun.Kepakarannya menerima pujian dari negara barat itu.

Bot Kraf
Pak hasan bersama Pengarah kraftangan dan pengurus besar karyaNeka~sumber berita Harian

kekemasan dan ketelitian amat dijaga.
bot dibina tanpa menggunakan sebarang paku


haji Lah di tempat kerjanya

ketelitian di jaga

bengkel kapal layar dengan bantuan tunjuka ajar haji lah serta dengan bantuan Giatmara.Moga sedikit sebanyak dapat melahirkan penyambung warisan kita ini.

tahniah terengganu! terengganu Nelang!~

pengumuman cuti umum sempena kejayaan kontijen Terengganu 27hb ini.

Sukma Malaysia xIII 2010 yang mula berlangsung di melaka bandaraya bersejarah pada jun10 mula melabuhkan tirainya 19hb yang lalu.

Terengganu yang menghantar 457 atlet dan pegawai bagi menyrtai 32 jenis sukan tidak pulang dengan tangan kosong apabila di umumkan juara keseluruhan dengan memungut 47 pingat emas menyaingi selangor dan wilayah persekutuan yang sama2 memungut 43 emas.tahniah terengganu!

juara keseluruhan kontinjen Terengganu.

wajah2 juara
terengganu berjaya mengalahkan selangor dalam bola sepak 1-0

terengganu berjaya meraih 5 dari 6 pingat emas
dalam acara kanu

Terengganu menjuarai takraw dalam acara berpasukan lelaki dengan mengalahkan penyandang juara,Selangor

emas di pencak silat

memenangi pingat emas tinju 60kg

Pingat emas ragbi di Sukan Malaysia XIII menjadi milik Terengganu

memenangi acara perseorangan


KontinjenEmasPerakGangsaJUMLAH PINGAT
47
30
43
120
43
43
58
144
43
42
49
134
40
39
53
132
39
19
31
89
33
49
47
129
32
31
28
91
32
29
28
89
30
26
41
97
29
34
39
102
26
32
47
105
22
33
40
95
14
12
19
45
6
13
11
30
1
0
7
8
Jumlah Keseluruhan
437
432
541
1410